AGENSISELANGOR

Hijrah Selangor pelawa usahawan sertai kursus digital percuma

SHAH ALAM, 16 JUN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) mempelawa usahawan menyertai kursus digital percuma di Parlimen Lembah Pantai.

Agensi itu memaklumkan latihan keusahawanan digital itu merupakan inisiatif di bawah Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME).

“Panggilan akhir kepada anda yang berada di sekitar Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Selangor. Kursus pendigitalan percuma menanti anda.


Hijrah Selangor mempelawa usahawan menyertai kursus digital percuma di Parlimen Lembah Pantai pada 17 Jun 2023. Foto Facebook Hijrah Selangor

“Antara modul latihan yang disediakan adalah nama domain.my, latihan penggunaan aplikasi TikTok, penetapan iklan di Facebook, Instagram dan lain-lain,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut Hijrah Selangor, kursus tersebut sudah bermula 12 Jun lalu dan berakhir esok.

Ia diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut: https://forms.gle/vWt95BmpMbRC6F3G6.


Pengarang :