Seramai 300 peserta menyertai Seminar Kekeluargaan Islam : C.I.N.T.A anjuran Jais dan Unisel di Dewan Pro-Counselor Universiti Selangor (Unisel) pada 8 Jun 2023. Foto Facebook Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi
AGENSISELANGOR

Jais, Unisel anjur seminar kekeluargaan Islam, mantapkan ilmu, bentuk keluarga sakinah

Oleh Nas Norziela Nasbah

SHAH ALAM, 13 JUN: Seramai 300 peserta menyertai Seminar Kekeluargaan Islam : C.I.N.T.A di Dewan Pro-Counselor Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam baru-baru ini.

Seminar anjuran Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan kerjasama Unisel itu turut berlangsung dalam talian melalui Facebook Jais.

Menurut Jais objektif program itu adalah bagi memperkukuh dan memantapkan ilmu agama dalam membentuk keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah pada masa akan datang.

“Panel turut memberikan panduan dalam menguruskan emosi dan tingkah laku (psikologi) remaja dalam proses menjadi dewasa.

“Seminar ini juga dilihat dapat menambah nilai dan meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam berakhlak mulia,” katanya menerusi Facebook.


Antara peserta Seminar Kekeluargaan Islam : C.I.N.T.A anjuran Jais dan Unisel di Dewan Pro-Counselor Universiti Selangor (Unisel) pada 8 Jun 2023. Foto Facebook Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi

Program yang dirasmikan Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman itu turut menampilkan perkongsian ilmu daripada Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor Ratna Safura Kamal Shari.

Seminar turut diserikan dengan kehadiran pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang turut menyampaikan ceramah bertajuk Setulus Fitrah Cinta.


Pengarang :