Jemaah Haji dari seluruh dunia mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Mekah pada 17 Ogos 2018. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Jemaah haji musim ini cecah 1.8 juta, negara asia paling ramai

MAKKAH, 28 JUN: Perhitungan Jabatan Perangkaan Am Arab Saudi menunjukkan jumlah jemaah haji bagi musim kali ini mencecah 1,845,045 jemaah, termasuk 184,130 jemaah domestik.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,660,915 merupakan jemaah antarabangsa yang tiba dari lebih 150 negara,” lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Jemaah antarabangsa dari negara-negara Asia dilaporkan paling ramai mewakili 63.5 peratus atau 1,056,317 jemaah diikuti negara-negara Arab (21% : 346,214), Afrika (13.4% : 221,863) dan Barat termasuk Eropah, Amerika dan Australia serta lain-lain negara yang tiada kategori (2.1% : 36,521).

Menurut jabatan itu, seramai 1,593,271 jemaah tiba melalui lapangan terbang termasuk 242,272 di bawah inisiatif “Makkah Route”.

Jumlah ketibaan melalui jalan darat pula seramai 60,813 jemaah, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut.

— BERNAMA


Pengarang :