Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Teratai di Ampang Jaya pada 2 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan dapur di sembilan lokasi pagi esok

SHAH ALAM, 3 JUN: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri, Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diteruskan ke sembilan lokasi esok, bermula 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan diadakan di Asa Jaya (DUN Permatang), pusat khidmat ADN (DUN Kuala Kubu Bharu), Masjid Al-Falah Kampung Idaman (DUN Pelabuhan Klang) dan Balai Masyarakat Taman Sri Andalas (DUN Seri Serdang).

Program bertujuan meringankan beban rakyat itu juga berlangsung di Dewan Budiman Taman Subang Baru (DUN Kota Damansara), Pasar Pagi Bandar Tun Hussein Onn (DUN Balakong), Seksyen 16 Bandar Baru Bangi (DUN Sungai Ramal), tapak bola keranjang Kampung Baru Kundang (DUN) Kuang dan Taman Harmoni (DUN Morib).

JER kendalian PKPS menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lepas dengan nilai jualan melebihi RM16 juta.

Susulan sambutan menggalakkan, jualan murah yang sepatutnya berakhir pada Mei diteruskan hingga 1 September ini.

PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :