Penduduk membeli barangan keperluan dapur pada Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Hulu Selangor di Dataran Niaga Serendah, Hulu Selangor pada 25 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan murah tawar harga 30 peratus lebih rendah, pikat orang ramai terus kunjungi

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

HULU SELANGOR, 25 JUN: Tawaran harga barangan keperluan asas 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran sentiasa memikat orang ramai untuk terus mengunjungi jualan murah anjuran Kerajaan Negeri.

Sabri Zakaria, 35, berkata dia tidak akan melepaskan peluang mengunjungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di banyak lokasi bagi mendapatkan barangan dapur berkualiti.

Sabri Zakaria, 35

“Saya sentiasa semak di Facebook kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk mengetahu lokasi JER yang berdekatan dengan rumah saya di Rawang.

“Saya harap program ini wajar diteruskan kerana ia terbukti banyak membantu rakyat,” katanya yang bekerja sendiri.

Penduduk membeli barangan keperluan dapur Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Hulu Selangor di Dataran Niaga Serendah, Hulu Selangor pada 25 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Beliau antara 800 pengunjung yang beratur sejak 8.00 pagi di Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha peringkat Parlimen Hulu Selangor di Dataran Niaga Serendah, di sini.

Jualan khas sempena musim perayaan itu menawarkan lebih banyak barangan asas termasuk 2,000 ekor ayam dan 900 papan telur bagi setiap lokasi.

Bagi pekerja kilang, Yazid Md Isa, 32, dari Batang Kali berkata dia pernah mengunjungi JER di Puncak Alam bagi mendapatkan barangan asas murah.

Yazid Md Isa,32

“Saya mengetahui lokasi jualan ini di Facebook PKPS dan jika berkesempatan saya akan kunjungi termasuk sekali pernah ke JER di Puncak Alam,” katanya yang dapat berjimat sehingga RM50 setiap kali berbelanja di program itu.

Suri rumah Joe Pua, 41, dari Hulu Yam juga turut berharap program ini diperbanyakkan lagi di lokasi berdekatan dan diteruskan supaya lebih ramai rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah menerima manfaat.

Joe Pua, 41

Jualan murah berkenaan menawarkan ayam standard serendah RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS turut menawarkan barangan kering jenama Ehsan, minyak peket satu kg serta ikan dan kerang segar di semua lokasi jualan mega.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :