Pekerja syarikat pembekal dan pembungkusan minyak masak peket Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd menunjukkan minyak paket di dalam kotak untuk bekalan kepada para pengguna di kilang itu di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 5 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan kekal harga minyak masak peket, faham rakyat masih bergelut

SHAH ALAM, 8 JUN: Kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga minyak masak peket bersubsidi bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berkata pihaknya amat memahami keadaan rakyat yang masih bergelut dengan situasi ekonomi tidak menentu.

“Masanya belum sesuai untuk kita perkenalkan apa juga bentuk kenaikan harga dalam keadaan rakyat masih bergelut dengan himpitan tanggungan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan Menu Rahmah KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2023. Foto Bernama

“Justeru, kita tidak akan kurangkan subsidi atau menaikkan harga minyak masak peket buat masa ini,” kata Datuk Seri Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Azli Yusof (Pakatan Harapan-Shah Alam) yang ingin mengetahui apakah pelan kerajaan untuk mengatasi isu ketirisan minyak masak peket.

Azli turut mencadangkan harga minyak masak peket yang dijual RM2.50 sekilogram ketika ini dinaikkan sebanyak RM1 bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Salahuddin, kerajaan sedia memperkenal penjualan minyak masak menerusi insiatif subsidi bersasar menjelang akhir tahun ini bagi memastikan ia diberikan secara adil kepada rakyat.

“Apabila ekonomi sudah pulih, kita akan wujudkan ekosistem sempurna dan subsidi itu kita sasarkan. Oleh itu, belanjawan negara dapat dijimatkan menerusi pendekatan yang lebih bijak,” katanya.


Pengarang :