Lima orang termasuk bayi lelaki maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 64, Jalan Sibu-Bintulu di Sibu pada 5 Jun 2023. Foto Ihsan Borneo Network
AGENDAJENAYAH

Lima orang termasuk kanak-kanak maut dalam kemalangan

SIBU, 5 JUN: Lima orang termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang warga emas, maut dalam kemalangan jalan raya di KM64, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 10.09 pagi itu dikenal pasti sebagai Marcos Marican, 26, Marican@Langkan Legi, 61, Alicesha Bathrish Langi, 24, dan kanak-kanak itu, Allesandro Collin Steward.

“Identiti seorang lagi mangsa yang maut, masih belum diperolehi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau Shukri Ab Rahim, ketika dihubungi hari ini.

Shukri berkata lima lagi mangsa terselamat dalam kemalangan itu, yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Kia Sportage.

“Dua daripada mereka yang terselamat, kedua-duanya lelaki parah dan dirujuk ke Klinik Kesihatan Selangau untuk rawatan lanjut,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :