Rumah Selangorku Residensi Adelia, Kajang. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

LPHS capai sasaran awal, bina 52,211 unit rumah mampu milik setakat Jun

SHAH ALAM, 27 JUN: Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) membangunkan 52,211 unit rumah mampu milik bagi manfaat penduduk negeri ini setakat 15 Jun.

Penolong Pengarah Kanannya Mohd Faizal Abd Kadir memaklumkan sejumlah 34,190 unit sudah diserahkan kepada pembeli yang layak, manakala baki sedang dalam pembinaan.

“Kejayaan membangunkan banyak unit rumah mampu milik sehingga mencapai sasaran awal 30,000 unit terbukti hasil kerjasama LPHS dan pemaju perumahan.

“Oleh sebab itu, sasaran 30,000 unit rumah dibina tahun ini ditingkatkan kepada 60,000 unit pada 2025,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan sebanyak 175,486 unit rumah dalam proses perancangan pembinaan dan menunggu kelulusan pembangunan oleh jabatan dan agensi teknikal negeri.

Diperkenal sejak 2014, Rumah Selangorku disasarkan untuk penduduk berpendapatan rendah dan sederhana dengan harga jualan tidak melebihi RM250,000.

Semakan syarat kelayakan dan permohonan boleh dibuat melalui pautan https://www.rumahselangorku.app/.

 


Pengarang :