Golongan asnaf yang berdaftar bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghadiri temu duga sempena Karnival Kerjaya Jom Kerja di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 6 Ogos 2022. Foto Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS-Perkeso anjur Karnival iKerjaya 24 Jun, bantu asnaf dapat kerja

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 20 JUN: Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan khas untuk golongan asnaf sempena Karnival iKerjaya 2023 anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 24 Jun.

Bertempat di Pusat Konvesnyen i-City Shah Alam, karnival kerjaya anjuran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menampilkan 30 majikan daripada pelbagai sektor mulai 9 pagi hingga 5 petang.

Menerusi Facebook, LZS memaklumkan prapendaftaran, senarai lengkap majikan dan jawatan yang ditawarkan boleh dibuat menerusi pautan //bit.ly/iKerjaya

Pada 6 Ogos tahun lalu, LZS dan Perkeso menganjurkan Karnival Kerjaya Jom Kerja dengan menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang produktif serta berdaftar dengan LZS.


Pengarang :