Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura agihan lembu korban ketika majlis penyerahan lembu korban Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 28 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB agih 115 lembu korban di Parlimen Gombak sempena Aidiladha esok

Oleh DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 28 JUN: Dato’ Menteri Besar mengagihkan 115 lembu korban kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak sempena sambutan Aidiladha esok.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu DUN Sungai Tua menerima 50 lembu sementara DUN Hulu Kelang (tujuh) dan Gombak Setia (39) untuk penyembelihan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis penyerahan lembu korban Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 28 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Alhamdulillah hari ini saya dapat sampaikan sendiri sumbangan yang telah diusahakan sendiri oleh pejabat Parlimen Gombak khusus untuk mereka yang memerlukan sempena ibadah korban yang akan dilaksana pada esok, lusa sehingga Ahad ini.

“Kita harap dengan adanya program seperti ini dapat tingkatkan lagi keterlibatan masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan lembu korban dan sumbangan kewangan Parlimen Gombak di Padang Awam Batu Caves di sini, pagi tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat lembu korban yang akan di agihkan kepada penerima ketika majlis penyerahan lembu korban Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 28 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu Amirudin yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Tua turut meninjau lembu di dalam lori sebelum diserahkan kepada masjid, surau, organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih dalam Parlimen Gombak.

“Jawatankuasa Fatwa Negeri telah beri garis panduan sumbangan ini harus laksanakan sebagai korban kerana tujuan dan niat sembelihan kerana ibadah.

“Jadi kita harapkan jangan sembelih dulu hari ini kerana ada orang sembelih hari ini untuk buat kenduri esok. Laksanakan ibadah ikut garis panduan yang telah diberikan Pejabat Mufti,” katanya.

Kakitangan Ladang Ummah membuat persiapan agihan lembu kepada penerima selepas majlis penyerahan lembu korban Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 28 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban tahun ini dan peruntukan tersebut bertambah berbanding tahun lalu berikutan peningkatan harga lembu daripada RM5,400 kepada RM6,000 seekor.

Pertambahan jumlah lembu korban daripada 660 kepada 700 dan jumlah kambing kekal 1,000 ekor. Menerusi sumbangan itu, setiap 56 Ahli Dewan Negeri menerima empat ekor lembu dan 10 ekor kambing.


Pengarang :