Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah ketika majlis Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 6 JUN 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBSA, MPK, MPKL terima anugerah lokasi pilihan pelabur

SUBANG JAYA, 7 JUN: Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) diiktiraf sebagai lokasi pelaburan utama sempena Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor anjuran Invest Selangor, malam tadi.

PBT tersebut ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang mencatat nilai pelaburan tinggi dari 2019 hingga 2022.

Anugerah disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis yang berlangsung di Sunway Resort Hotel.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah ketika majlis Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 6 JUN 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ditemui pemberita selepas majlis, Amirudin mengucapkan tahniah kepada tiga PBT itu yang merekodkan nilai pelaburan tinggi sekali gus membantu memacu ekonomi negeri.

“Beberapa tahun ini banyak pelabur besar masuk di Petaling, Klang dan Kuala Langat. Tahniah kepada pemenang. Semua agensi diharap meneruskan usaha menarik lebih ramai pelabur seiring matlamat negeri” katanya.

Selain kategori berkenaan, majlis tersebut turut menghargai pelabur tempatan dan luar negara yang merekodkan nilai pelaburan tertinggi.

Invest Selangor selaku agensi penggalakan pelaburan turut memberi pengiktirafan khas kepada pelabur yang mempamerkan komitmen dan pencapaian luar biasa.

Pengarang :