Jentolak digunakan untuk meroboh ketika operasi meruntuhkan bangunan tanpa kebenaran di tepi jalan atas tanah lapang di SSS13, Subang Jaya pada 6 Jun 2023.FotoMOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ pergiat roboh struktur tambahan haram di kawasan komersial, perumahan

SUBANG JAYA, 6 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meneruskan operasi perobohan struktur binaan haram di kawasan komersial dalam masa terdekat.

Pengarah Korporat dan Pengurusan Strategiknya Muhammad Azli Miswan berkata tindakan diambil susulan aduan berhubung penambahan struktur oleh pemilik atau penyewa sehingga menutup longkang sekali gus menghalang laluan air.

“Kita telah kenal pasti beberapa kawasan antaranya di SS15 dan USJ1. Pemilik atau penyewa bangunan kawasan komersial ini didapati membuat penambahan haram hingga ganggu aliran air. Kita tidak mahu keadaan bertambah teruk terutama ketika hujan.

“MBSJ tidak hanya memfokuskan sekitar perumahan sebaliknya semua kawasan yang mengganggu penduduk dan menjalankan aktiviti perniagaan atas tanah kerajaan,” katanya ditemui selepas operasi meroboh struktur haram di Pangsapuri SS13 hari ini.

Pengarah Korporat dan Pengurusan Startegik MBSJ, Muhammad Azli Miswad (kanan) memantau operasi meruntuhkan bangunan tanpa kebenaran di tepi jalan atas tanah lapang di SSS13, Subang Jaya pada 6 Jun 2023.FotoMOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau turut menegaskan bahawa MBSJ tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dan mengambil tindakan tanpa melindungi sesiapa.

“Apabila terima aduan, tindakan diambil dan ini bukti bahawa kita tidak lindungi mana-mana pihak. MBSJ telus dalam mengambil tindakan cuma mungkin lewat kerana mereka melakukan kesalahan berselindung daripada penguatkuasa,” katanya.

Terdahulu, menerusi operasi perobohan hari ini, MBSJ merobohkan sebuah bengkel lori haram, stor simpanan barang, garaj, reban ayam serta menyita sebuah tong sampah Roll-On Roll-Off (RORO).

Pegawai penguat kuasa MBSJ memantau pemilik bengkel memungah barangan mereka ketika operasi meruntuhkan bangunan tanpa kebenaran di tepi jalan atas tanah lapang di SSS13, Subang Jaya pada 6 Jun 2023.FotoMOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
Jentolak digunakan untuk meroboh ketika operasi meruntuhkan bangunan tanpa kebenaran di tepi jalan atas tanah lapang di SSS13, Subang Jaya pada 6 Jun 2023.FotoMOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
Jentolak digunakan untuk meroboh ketika operasi meruntuhkan bangunan tanpa kebenaran di tepi jalan atas tanah lapang di SSS13, Subang Jaya pada 6 Jun 2023.FotoMOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :