Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree bercakap dalam program Bual Bicara Media dan Komunikasi – Kepentingan dalam Pembinaan Malaysia Madani di reruai Pavillion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Media Selangor sampaikan konsep Malaysia Madani, pegang kebenaran dalam berita 

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Media Selangor Sdn Bhd menggunakan setiap medium dimiliki sama ada melalui media cetak atau sosial bagi menyampaikan konsep Malaysia Madani agar difahami semua rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata penyampaian berita yang tepat sentiasa diutamakan media rasmi negeri itu sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Beliau menjelaskan konsep yang diperkenal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kebenaran, kebebasan dan tidak takut mengkritik untuk menyampaikan maklumat benar.

“Peranan media adalah menyampaikan maklumat kepada rakyat biarpun muktahir ini perkembangan media sangat meluas dan tidak boleh lari daripada berita yang wujud persepsi negatif.

“Media Selangor berperanan sampaikan maklumat yang betul dan memperbetul dakwaan atau tanggapan. Ini intipati yang disebut perdana menteri dalam konsep Malaysia Madani. Media harus bebas dan jangan takut mengkritik untuk sampaikan berita benar walaupun pahit,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree bercakap dalam program Bual Bicara Media dan Komunikasi – Kepentingan dalam Pembinaan Malaysia Madani di reruai Pavillion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau ditemui pada program bual bicara Media dan Komunikasi: Kepentingan dalam Pembinaan Malaysia Madani di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 hari ini.

Mohamed Fareed berkata Malaysia Madani yang dibawa perdana menteri juga seiring konsep Kita Selangor yang diperkenal Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, konsep yang digagaskan kedua-dua pemimpin tersebut menumpukan usaha untuk menoktahkan miskin tegar dan memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima manfaat.

“Kita ambil kira faktor membantu rakyat miskin yang memerlukan seperti beri tuisyen dan lesen percuma di Selangor. Ini tanggungjawab Media Selangor untuk sampaikan gagasan atau konsep yang dibawa pemimpin kepada rakyat,” katanya.

Pavilion itu merupakan ruangan Selangor sebagai negeri tamu sempena pesta buku, yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kepentingan orang ramai.


Pengarang :