Orang ramai mengambil pendekatan membawa bag kitar semula selepas Kerajaan Negeri giat melaksanakan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik di Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Seri Serdang di Taman Puchong Permai pada 15 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPAJ kutip lebih RM600,000 caj beg plastik setakat Mei

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 2 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengutip sebanyak RM617,729.98 caj beg plastik setakat 23 Mei lalu.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata kutipan tersebut hasil serahan 753 premis berdaftar dengan program kutipan caj beg plastik 20 sen.

“Sebanyak 60 peratus daripada hasil tersebut iaitu RM370,637.99 akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

“Manakala 40 peratus lagi (RM247,091.99) akan dimasukkan ke dalam akaun amanah pihak majlis,” katanya dalam mesyuarat penuh MPAJ kelmarin.

Ani menambah hasil semakan Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Usahawan mendapati 753 premis mengenakan caj kutipan, 728 bebas penggunaan beg plastik dan 51 lagi tidak aktif atau tutup.

Tahun lalu, MPAJ mengutip RM1,046 caj beg plastik yang mana 60 peratus atau RM627,784.55 diserahkan kepada Kerajaan Negeri manakala 40 peratus lagi (368,811.95) disalurkan ke akaun amanah MPAJ.


Pengarang :