Peserta menyertai acara larian sempena program Klang Hari Tanpa Kenderaan pada 21 Mei 2023. Foto Majlis Perbandaran Klang
PBTSELANGOR

MPK anjur hari tanpa kenderaan Ahad ini, orang ramai dijemput hadir

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 13 JUN: Orang ramai dijemput memeriahkan program Klang Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Malaysia Tanpa Rasuah di Laman Seni Safari, Klang Ahad ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata pelbagai acara menarik disediakan antaranya jalan kaki sejauh lima kilometer, kayuhan santai, senam robik, demonstrasi bomba dan aktiviti oleh Rasuah Busters.

“MPK juga turut menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak seperti pameran buku, perpustakaan bergerak serta pelbagai acara lain.

“Turut diadakan pameran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor,” kata Norfiza Mahfiz.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan turut menyertai senamrobik dalam program Klang Hari Tanpa Kenderaan pada 17 Jun 2022. Foto Majlis Perbandaran Klang

Menurutnya bagi melancarkan program itu MPK akan menutup sebahagian jalan melibatkan Jalan Tengku Kelana termasuk di hadapan Galeri Diraja dan Jalan Istana dari jam 7 hingga 9.30 pagi.

“Orang ramai diminta tidak melalui jalan dinyatakan pada tempoh tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-3375 5555 sambungan 1606 atau 1237,” katanya.


Pengarang :