Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Ibu Pejabat Polis Klang Utara manjalankan operasi bersepadu terhadap premis hiburan keluarga di sekitar Klang berdasarkan gambar yang diambil pada 15 Jun 2023. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK pantau premis hiburan keluarga sekitar Klang

Oleh Iman Izziqry

SHAH ALAM, 17 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjalankan pemantauan pusat hiburan keluarga sekitar daerah itu bagi memastikan operasi premis tidak menyalahi undang-undang.

Operasi Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Klang Utara mendapati enam premis memiliki lesen perniagaan dan iklan yang sah.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati premis-premis beroperasi dengan menjalankan aktiviti seperti snooker atau pool dan mesin video atau simulator.

“Kerjasama erat antara MPK dan polis akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak membelakangi undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya di Facebook.


Pengarang :