PBTSELANGOR

MPS-Perkeso anjur mini karnival kerjaya 17 Jun, tawar lebih 1,000 peluang kerja

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 9 JUN: Orang ramai dijemput hadir ke Mini Karnival Jom Kerja yang menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan di lobi Menara Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 17 Jun.

Bermula 10 pagi hingga 4 petang, program anjuran MPS dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)  menampilkan 10 majikan dari pelbagai sektor.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu antara majikan terlibat termasuklah Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Restoran A&W, Lazada, KiddoCare dan Affin Group.

“Bagi kemudahan orang ramai ke mini karnival, kami turut menyediakan perkhidmatan bas Smart Selangor di kawasan berdekatan menara MPS

“Antara kawasan tersebut ialah Bandar Baru Selayang, Selayang Height, Prima Selayang, One Selayang, Jalan Sungai Tua dan Lebuh Raya Selayang-Kepong,” maklum MPS melalui Facebook.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran di pautan bit.ly/MiniKarnivalJomKerja2023 atau sertai telegram untuk maklumat kerja kosong terkini di t.me/jawatankosonglembahklang


Pengarang :