AGENDANASIONAL

Murid tahun enam antara 116 individu kena saman trafik

SHAH ALAM, 3 JUN: Murid tahun enam antara 116 individu yang disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar dalam operasi di Hulu Terengganu semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hasmerra Hassan, operasi itu menyasar keselamatan penunggang motosikal dengan kesalahan tertinggi tidak memakai topi keledar.

“Enam penunggang motosikal bawah 16 tahun turut disaman dengan paling muda berusia 12 tahun,” katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian.

Beliau berkata kesalahan lain termasuk tiada cermin sisi dan nombor pendaftaran, ubah suai ekzos, lesen tamat tempoh, motosikal tiada insurans dan nombor pendaftaran tidak menepati syarat.

Dalam pada itu, Hasmerra berkata kes penunggang motosikal bawah umur yang terbabit kesalahan akan dimaklumkan kepada penjaga sebagai tindakan susulan.


Pengarang :