Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (LIMAS) Hee Loy Sian (tengah) bergambar bersama penerima cek sumbangan LIMAS pada majlis Penyampaian Cek Sumbangan LIMAS (kategori Kristian) di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri peruntuk RM752,000, bantu 77 gereja naik taraf prasarana

SHAH ALAM, 12 JUN: Sebanyak 77 gereja menerima bantuan RM752,000 daripada Kerajaan Negeri bagi menampung kos penyeliaan dan naik taraf rumah ibadat masing-masing.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (LIMAS) Hee Loy Sian berkata peruntukan diberi mengikut kriteria dan keperluan setiap rumah ibadat.

“Lebih 2,000 permohonan diterima, ada yang terima dari RM5,000 ke RM50,000 untuk setiap rumah ibadat ikut keperluan.

“Setakat ini RM462,000 disalurkan kepada 44 gereja manakala baki RM290,000 dihulurkan kepada 33 gereja paling lewat hujung bulan ini,” katanya.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (LIMAS) Hee Loy Sian (tengah) menyampaikan cek sumbangan LIMAS kepada Rev Jonathan Jesudas (kanan) pada majlis Penyampaian Cek Sumbangan LIMAS (kategori Kristian) di Bagunan Annex, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis Penyerahan Cek Bantuan Kewangan kepada Persatuan Rumah Ibadat selain Islam di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Loy Sian menambah LIMAS komited menyelesaikan isu-isu rumah ibadat, pertikaian tanah dan permohonan tapak rumah ibadat sejak 2008 bagi mengekalkan keharmonian.

“Peruntukan terbesar juga disediakan negeri sebanyak RM8 juta tahun ini untuk seluruh rumah ibadat selain Islam bagi tujuan pembaikan, naik taraf dan kelengkapan prasarana,” katanya.

Sementara itu, Paderi Peniel Church Jonathan Renu bersyukur dengan bantuan itu dan akan memanfaatkannya untuk naik taraf kabinet dapur gerejanya di Taman Sri Manja, Petaling Jaya.

Paderi Peniel Church, Jonathan Renu, 45, ketika ditemui Media Selangor selepas majlis Penyampaian Cek Sumbangan LIMAS (kategori Kristian) di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Ini merupakan kali ketiga pihak gereja menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri dan hari ini RM5,000 lagi. Ia sangat membantu untuk proses naik taraf, terima kasih Kerajaan Negeri,” katanya.

Penyelia Lutheran Church Lee Hock Goan Penyelia Lutheran Church turut memuji keprihatinan Kerajaan Negeri atas sumbangan berkenaan dan jumlah RM10,000 diterima akan membantu pembaikan alatan ibadat yang telah usang.

Penyelia Lutheran Church Bandar Mahkota Cheras, Lee Hock Goan, 58, ketika ditemui Media Selangor selepas majlis Penyampaian Cek Sumbangan LIMAS (kategori Kristian) di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri, dana dapat menampung keperluan membaiki alatan ibadat yang rosak yang akan memberi keselesaan pengunjung untuk beribadat selepas ini,” katanya.


Pengarang :