Poster Karnival Wanita Madani. Foto Facebook Wanita Berdaya Selangor
AGENSISELANGOR

Orang ramai dijemput hadir ke Karnival Wanita Madani, Ahad ini

Oleh Nas Norziela Nasbah

SHAH ALAM, 7 JUN: Orang ramai dijemput hadir ke Karnival Wanita Madani di laman tempat letak kereta Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Kuala Selangor, Ahad ini.

Wanita Berdaya Selangor (WBS) menerusi Facebook memaklumkan pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk zumba wanita, bual bicara: Perancangan Keluarga; demo bento Korea dan demo penggayaan tudung serta solekan.

Program bermula jam 7.30 pagi bakal dirasmikan oleh EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud.

Karnival turut dimeriahkan dengan reruai daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) serta Pusat Wanita Berdaya (PWB).

 


Pengarang :