PBTSELANGOR

Orang ramai dijemput hadir Kenduri Perpaduan esok

SHAH ALAM: Orang ramai dipelawa menghadiri Kenduri Perpaduan di Dataran Taman Muhibbah, Sabak Bernam pada jam 8.30 malam, esok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak berkata majlis bagi memperkukuh semangat harmoni itu dianjur sempena program ceramah umum Dato’ Menteri Besar.

“Kita menjemput penduduk sekitar untuk sama-sama hadir dan mengeratkan silaturahim dalam majlis tersebut.

“Kita jangka kehadiran lebih 2,000 pengunjung, terutamanya dari penduduk DUN Sabak,” kata Ahmad Mustain Othman kepada Selangorkini.

Menurut Ahmad Mustain, majlis itu turut diserikan dengan pertandingan permainan video (e-game) yang menawarkan hadiah berjumlah RM850.

Jelasnya, pertandingan kepada peserta berumur 18 hingga 30 tahun itu mendapat sambutan menggalakkan dengan 16 kumpulan dijangka menunjukkan kehandalan masing-masing.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor dan kepimpinan negeri dijangka menyampaikan ceramah umum di Dataran Taman Muhibbah pada jam 9 malam.


Pengarang :