Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Masdiana Muhammad (tengah) bergambar bersama pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di Shah Alam pada 26 Jun 2023. Foto Facebook Pekawanis
SELANGOR

Pekawanis, parlimen Shah Alam rai 16 pelajar cemerlang SPM

SHAH ALAM, 27 JUN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) meraikan 16 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di sini semalam.

Yang dipertuanya berkata majlis dengan kerjasama parlimen Shah Alam bertujuan merai pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 dan SMK Seksyen 9 di sini.

Menurut Datin Seri Masdiana Muhammad, pihaknya menyumbang baucar Pusat Pakaian Hari-Hari bernilai RM100 dan wang tunai RM50 manakala Parlimen Shah Alam menghulur RM50.

“Tahniah dengan pencapaian cemerlang dalam SPM, selamat melangkah ke menara gading yang penuh cabaran dan semoga berjaya mencapai cita-cita.

“Pekawanis sangat berbangga dengan pencapaian anda dan semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan datang,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Masdiana turut memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalamannya selaku tenaga pengajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi sebelum ini kepada pelajar berkenaan.


Pengarang :