Keadaan di sekitar Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang mula beroperasi bagi Fasa Pertama dari persimpangan Cheras-Kajang ke Bukit Antarabangsa ketika tinjauan pada 14 September 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pengguna Lebuhraya SUKE bayar tol plaza Alam Damai mulai esok

KUALA LUMPUR, 29 JUN: Pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) perlu mula membayar tol di Plaza Tol Alam Damai, bermula Jumaat 12.01 tengah malam.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengguna lebuh raya itu telah menikmati perjalanan tanpa tol selama dua minggu, dari 16 ke 29 Jun bersempena dengan pembukaan Fasa 2 SUKE.

Kenyataan itu memaklumkan kutipan tol melibatkan dua jajaran dari persimpangan Sri Petaling ke persimpangan Cheras-Kajang telah dibuka kepada pengguna sejak 16 Jun.

Kadar tol di plaza tol kekal sama seperti yang dikenakan di Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang mengikut kelas kenderaan, iaitu kereta (RM2.30), Lori (RM4.60), treler (RM6.90), teksi (RM1.20) dan bas (RM2.30).

Kutipan tol, sepenuhnya secara elektronik menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Prolintas memaklumkan pada ketika ini, jajaran utama SUKE sejauh 24.4 kilometer telah pun beroperasi, manakala Fasa 3 melibatkan Persimpangan Alam Damai, masih dalam pembinaan dan dijangka akan mula dibuka pada suku ketiga tahun ini.

-BERNAMA

 


Pengarang :