Penghuni Baitus Salam bergambar bersama tenaga pengajar dalam program asas intensif memanah yang diadakan di pusat itu di Shah Alam, Selangor pada 17 Jun 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Penghuni pusat perlindungan mualaf ikuti program asas memanah

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 21 JUN: Pusat perlindungan mualaf, Baitus Salam menganjurkan program asas intensif memanah yang melibatkan penyertaan penghuninya Sabtu lalu.

Program yang dijalankan di pusat itu adalah sebagai salah satu aktiviti riadah hujung minggu penghuninya.

Kelab Memanah Tradisional Masjid Al-Falah (Kemtaf) diundang bagi membantu Baitus Salam mengendalikan program tersebut.


Penghuni Baitus Salam mendapat tunjuk ajar daripada Kelab Memanah Tradisional Masjid Al-Falah dalam program asas intensif memanah yang diadakan di pusat itu di Shah Alam, Selangor pada 17 Jun 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor

Penghuni Baitus Salam yang terlibat dibantu tenaga pengajar terlatih daripada kelab itu untuk mencuba aktiviti memanah sehingga mahir.

Program dirasmikan Ketua Baitus Salam, Mohd Abadi Amir.

Baitus Salam adalah tempat perlindungan bersifat sementara kepada asnaf mualaf.

Ia bertindak seperti pusat komuniti kepada mualaf bagi menyusun semula hala tuju mualaf apabila memeluk agama Islam atau ketika ditimpa musibah.


Pengarang :