Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berswafoto bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penjawat awam pada majlis amanat khas PM bersama penjawat awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Penjawat awam kanan cekap urus projek, tidak perlu bergantung konsultan

SHAH ALAM, 12 JUN: Penjawat awam kanan mempunyai kewibawaan dan kecekapan dalam mengendalikan urusan projek kerajaan tanpa perlu kebergantungan penuh kepada konsultan, kata Perdana Menteri.

Berdasarkan pengalaman dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini termasuk di Kementerian Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemahiran, dan kecekapan penjawat awam kanan membuktikan mereka mampu mengendalikannya tanpa kebergantungan penuh dengan konsultan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis amanat khas PM bersama penjawat awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Dulu kalau ada projek besar sikit semua konsultan, (pentadbiran) saya tidak. Saya kata saya pernah membantu termasuk di Kementerian Kewangan (untuk) beberapa projek. Kemahiran, kecekapan dan kecekalan penjawat awam kanan mampu.

“Jadi kalaua ada konsultan sekadar membantu, tidak menyerahkan (sepenuhnya) kepada konsultan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 1,000 penjawat awam Selangor turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan penjawat awam pada majlis Amanat Khas Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sebelum ini Anwar berkata beliau mahu tugas besar dalam penilaian dikembalikan kepada penjawat awam dan mengurangkan kebergantungan kepada konsultan dalam era pentadbirannya.

Berdasarkan pengalamannya berkhidmat selama lapan tahun di Kementerian Kewangan sebelum ini, Anwar berkata beliau dapat menyaksikan kecekapan pegawai yang ada memimpin dan mengemudi sesuatu projek dan jika perlu hanya dibantu satu atau dua konsultan.


Pengarang :