Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah perdana belia negara (APBN) kategori pertubuhan belia Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (Pepias) ketika majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Selangor di Pusat Kebudayaan (ICC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak pada 11 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PEPIAS johan anugerah perdana belia negara, bawa pulang tunai RM10,000

GOMBAK, 11 JUN: Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dinobatkan johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Selangor 2023 kategori pertubuhan belia.

Kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Naib johan bagi kategori berkenaan dimenangi Junior Chamber International Bandar Klang dan tempat ketiga Kelab Belia Jatidiri Serendah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM1,000 berserta trofi.

Menurut Jabatan Belia dan Sukan Selangor anugerah itu bagi meraikan dan mengiktiraf sumbangan serta penglibatan belia dalam pelbagai bidang di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama sempena majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Selangor di Pusat Kebudayaan (ICC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak pada 11 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Selain pertubuhan belia dua lagi kategori lain yang disampaikan adalah APBN individu lelaki dan wanita.

APBN peringkat Selangor dilaksanakan bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) Selangor 2023 yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Majlis perasmian HBN Selangor 2023 disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Presiden PEPIAS Muhammad Zakir Abdul Razak berkata penghargaan itu melonjakkan semangat semua ahli persatuan berkenaan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti terutama berkaitan pendidikan dan kebajikan yang akan memanfaatkan belia pada masa akan datang.


Pengarang :