PBTSELANGOR

Persembahan masakan Baba dan Nyonya di Muzium PJ Sabtu ini

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan demonstrasi masakan Baba dan Nyonya di Muzium Petaling Jaya, Taman Jaya pada 17 Jun ini.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan program yang bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu menampilkan Chef Florence Tan sebagai tenaga pengajar.

“Chef Florence akan membuat demonstrasi masakan kuih dan lauk tradisi Baba dan Nyonya. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut dan masuk adalah percuma.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak muzium di nombor 03-7954 8122,” maklumnya di Facebook.


Pengarang :