Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) melepaskan peserta Selangor Bypass Half Marathon 2023 di pekarangan Lotus’S, Rawang pada 11 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Peserta luar negara antara lebih 1,000 sertai maraton Rawang Bypass

SHAH ALAM, 11 JUN: Lebih 1,000 peserta termasuk dari luar negara menyertai maraton yang berlangsung di Lebuhraya Rawang Bypass hari ini.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata program kali kedua itu melibatkan kategori berjarak 12 kilometer (km) serta 21 km yang menawarkan hadiah terkumpul sehingga RM24,000.

“Program berlangsung dari jam 4 pagi hingga 10 pagi tadi. Kita menerima pendaftaran penyertaan lebih 2,000 namun pagi ini lebih separuh daripadanya menyertai,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu acara berkenaan dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Antara peserta yang menyertai Selangor Bypass Half Marathon 2023 pada 11 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Mohd Khairuddin berkata program diperkenalkan tahun lalu bertujuan menggalak orang ramai bergiat aktif dalam acara larian dan secara tidak langsung menyuburkan lagi aktiviti sukan.

“Menerusi program seperti ini kita dapat melahirkan masyarakat berdaya saing selain meningkatkan tahap kesedaran kesihatan mental dan fizikal,” katanya.

Tahun lalu, program julung kali diadakan itu menarik penyertaan kira-kira 5,000 peserta dari 24 negara antaranya Vietnam, United States, United Kingdom, Thailand, Taiwan, Singapura, Portugal, Filipina, China, Netherlands dan Nepal.


Pengarang :