EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Polis Selangor Dato’ Hussein Omar Khan bergambar pada majlis perasmian penutup TOT bagi Kempen Memerangi Keganasan Rumah Tangga Polis Selangor pada 27 Jun 2023. Foto Facebook Wanita Berdaya Selangor
AGENSISELANGOR

Polis Selangor diberi taklimat urus kes keganasan rumah tangga

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 29 JUN: Seramai 100 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diberi maklumat terkini berkaitan pengurusan kes keganasan rumah tangga menerusi program Train Of Trainers (TOT) kelmarin.

Wanita Berdaya Selangor (WBS) memaklumkan program itu mengetengah topik Akta Keganasan Rumah Tangga, sokongan dan peranan agensi lain selain Pengurusan dan Penyiasatan Kes Keganasan Rumah Tangga D11.

“Tujuan TOT dijalankan untuk melatih lebih ramai tenaga kerja dalam kalangan penjawat awam IPK Selangor dan orang ramai dalam memberikan bantuan dan kesedaran terhadap isu keganasan rumah tangga.

“Pengisian lain yang turut diselitkan dalam program adalah demo asas seni mempertahankan diri khusus untuk wanita,” menurut WBS di Facebook.

Program TOT dirasmikan Ketua Polis Selangor Dato’ Hussein Omar Khan manakala majlis penutup disempurnakan EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud.


Pengarang :