Lebih 100 peserta memeriahkan Program Zumba Batik 2023 anjuran DUN Batang Kali baru-baru ini. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

Program Zumba Batik 2023 DUN Batang Kali tarik lebih 100 penyertaan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

BATANG KALI, 7 JUN: Lebih 100 penduduk sertai program Zumba Batik 2023 anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali baru-baru ini.

Penyelaras DUN Saifuddin Shafi Muhammad berkata program bertujuan memupuk gaya hidup sihat selain memberi ruang kepada kaum wanita berinteraksi sosial sesama mereka.

“Saya hadir ke program yang berlangsung penuh meriah dan harmoni apatah lagi ia diserikan dengan tema batik, begitu dekat dengan kewanitaan Nusantara.

“Lebih 100 individu sertai progam berkenaan,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Menurut Saifuddin Shafi pihaknya akan meneruskan program pada masa akan berikutan sambutan baik diterima dalam program itu.

“Kemeriahan program zumba akan diteruskan ke Serendah, Sungai Buaya dan Bukit Sentosa setiap minggu dalam bulan ini,” katanya.

Zumba Batik 2023 itu dipimpin Zin Tina dan Zin Fieza dengan kerjasama padu Natrah Ali dan pasukannya turut menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada 15 peserta yang bertuah.


Pengarang :