Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad bergambar kenangan bersama sebahagian pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang SPM 2022. Foto Faceboool Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batang Kali rai 100 pelajar cemerlang SPM

Oleh IMAN IZZIQRY

SHAH ALAM, 21 JUN: Seramai 100 pelajar di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali yang memperolehi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 diraikan dalam satu majlis kenduri kesyukuran semalam.

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata majlis berlangsung di Dewan Kominiti Bukit Sentosa diadakan bagi menghargai usaha mereka.

“Mereka yang ditemani ibu bapa begitu gembira diraikan. Jauh mana pun mereka pergi selepas ini sentiasa hargai ibu bapa,” katanya di Facebook, hari ini.

Pada masa sama Saifuddin menjelaskan Kerajaan Negeri akan terus membantu mereka memohon skim iltizam mesra siswa.

“Tahniah buat semua penerima. Anda hebat, ibu bapa anda hebat dan tidak dilupakan guru-guru hebat di seluruh Batang Kali khususnya. Warga Batang Kali sangat berbangga!” katanya.

 


Pengarang :