Orang ramai menyertai acara senamrobik sempena program Hari Selangor Bersukan di padang paragliding Bukit Jugra, Banting pada 9 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rakyat Selangor paling ramai bersukan, amal gaya hidup aktif

SHAH ALAM, 28 JUN: Seramai 1.3 juta rakyat Selangor dilaporkan mengamalkan gaya hidup aktif, dengan paling ramai bersukan dan bersenam di negara ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dapatan itu hasil bancian 16.1 juta responden yang menjawab soalan kecergasan Banci Malaysia 2020, dengan 8.7 juta penduduk dilaporkan terlibat dalam aktiviti tersebut, lapor Sinar Harian.

Johor berada pada kedudukan kedua dengan 1.2 juta orang. Kedua-dua negeri tersebut menyumbang sebanyak 2.5 juta atau 28.5 peratus daripada 8.7 juta penduduk yang bersenam.

“Petaling, Johor Bahru dan Kinta adalah daerah pentadbiran yang paling aktif, masing-masing mencatat 445.9 ribu, 392.5 ribu dan 339.2 ribu penduduk melakukan aktiviti fizikal.

“Sebanyak 62.4 peratus daripada 8.7 juta penduduk melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti fizikal, 22.8 peratus (dua aktiviti) manakala 14.8 peratus (tiga aktiviti atau lebih),” lapor DOSM.

Berdasarkan banci tersebut, 80 peratus responden juga menyatakan tempat kediaman yang dilengkapi kemudahan taman permainan dan padang bola menjadi faktor penyumbang aktiviti fizikal.

 


Pengarang :