EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian (emapat, kanan) beramah mesra bersama ketua pasukan pada majlis perjumpaan kontinjen sukan daerah Sepang ke Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 2023, di Balai Perdana Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang pada 10 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

RM1 juta diperuntuk bina rumah Orang Asli, dijangka bermula Jun ini

SEPANG, 11 JUN: Pembinaan rumah orang Asli menerusi peruntukan RM1 juta oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini dijangka dimulakan bulan ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata ia kini dalam proses akhir untuk pelantikan kontraktor.

“MBI sebagai agensi pelaksana bagi bantuan berkenaan memantau dan melantik kontraktor bagi kerja pembinaan rumah.

“Sekarang di peringkat akhir pelantikan kontraktor yang melalui proses tender selepas itu kita akan bina rumah,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor pada majlis perjumpaan bersama kontinjen sukan daerah Sepang ke Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 2023, di Balai Perdana Pejabat Daerah dan Tanah Sepang pada 10 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Kontinjen Sukan Daerah Sepang ke Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 2023 di sini semalam.

Turut hadir EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian.

Ahmad Azri berkata projek berkenaan lebih banyak ditumpukan kepada bina baharu dengan anggaran RM30,000 hingga RM40,000 sebuah rumah.

“Ada yang mungkin jumlahnya besar mengambil kira beberapa perkara seperti akses ke rumah melalui jalan berliku jauh ke dalam hutan yang melibatkan kos agak tinggi,” katanya.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM1 juta bagi menyediakan tempat kediaman selesa dan selamat kepada masyarakat Orang Asli melalui projek baik pulih dan pembinaan baharu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkannya memaklumkan perumahan sempurna impian semua lapisan masyarakat di negeri ini.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian (berdiri depan, tengah) bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (berdiri depan dua, kanan) dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Daerah Sepang, Mohamed Rasaki Abdul Majid (berdiri depan tiga, kanan) bergambar bersama kontinjen sukan daerah Sepang ke Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 2023, di Balai Perdana Pejabat Daerah dan Tanah Sepang pada 10 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI.

Pengarang :