PBTSELANGOR

RM13,000 menanti pemenang pertandingan tandas bersih MPAJ

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 11 JUN: Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM13,000 menanti pemenang kategori Pertandingan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) 2023 peringkat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Enam kategori tandas awam dipertandingkan iaitu sekolah menengah/agama, pusat beli-belah, sekolah rendah/agama, restoran/medan selera, rumah ibadat dan stesen minyak.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan, ia bertujuan meningkatkan kesedaran warga Ampang Jaya mengenai kepentingan kebersihan tandas awam serta membudayakan amalan itu untuk keselesaan masyarakat.

Berbeza dengan Pertandingan Tandas Awam Terbersih MPAJ 2021 yang menawarkan RM500 bagi johan setiap kategori, pemenang tempat pertama kali ini akan membawa pulang wang tunai RM1,000.

“Tahun ini MPAJ mensasarkan lebih banyak penyertaan berbanding 31 penyertaan kali terakhir pada November 2021 dengan lima kategori.

“Ia selaras dengan arahan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengutamakan tiga elemen penting bagi tandas awam BMW awal tahun ini,” kata MPAJ menerusi kenyataan.

Penilaian akan bermula dari 1 Julai hingga 31 Oktober 2023 dengan pelaksanaan promosi tandas bersih dan idea inovasi antara syarat ditetapkan.

Untuk pendaftaran, boleh tekan pautan https://docs.google.com/forms/d//1FAIpQLSdad5TGg3UdCtD4pReD32VL_vaEqt48kH
sT1oSL5SlibYRwrQ/viewform atau hubungi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ di talian 03-42857007.


Pengarang :