Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada wakil Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor pada 19 Jun 2023. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNSELANGOR

Sekolah tahfiz terima dana RM21,000, baik pulih bangunan rosak terbakar

SHAH ALAM, 19 JUN: Sejumlah RM21,000 disalurkan kepada Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa di Kuala Selangor selepas salah satu bangunan sekolah tersebut rosak akibat kebakaran.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli berkata sumbangan RM20,000 adalah melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan RM1,000 daripada pihaknya.

“Menziarahi asrama putri di Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa. Kebakaran berlaku pada 4 pagi (semalam) dan kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba Kuala Selangor.

“Seramai 14 orang pelajar mendiami asrama ini selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya di Facebook hari ini.

Juwairiya berkata turut bersama meninjau lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Asrama perempuan Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor yang rosak akibat kebakaran. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
Asrama perempuan Sekolah Tahfiz Addimiyati Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor yang rosak akibat kebakaran. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli

Pengarang :