Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Sukan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam pada 4 Jun 2023. Hadir sama EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman (tiga, kiri) dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Mohamad Nizam Bin Marjugi (kanan). Foto ARIF MUHAMMAD/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Shamendran, Thinaah dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor

SHAH ALAM, 4 JUN: Atlet karate R Shamendran dan atlet badminton M Thinaah dinobat Olahragawan dan Olahragawati Selangor sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor hari ini.

Kedua-dua atlet berkenaan menerima wang tunai RM10,000 dan trofi yang disampaikan Dato’ Menteri Besar  pada majlis yang berlangsung Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan, masing-masing kepada atlet renang Andrew Goh Zheng Yen serta atlet tenis Saw Jo Leen.

Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000 (sijil simpanan premium) berserta trofi.

Jurulatih terbaik pula dimenangi Ong Jin Kooi dari sukan renang yang menerima insentif kemenangan RM5,000 dan trofi.

Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan bagi menghargai jasa dalam pembangunan sukan turut diberikan kepada tiga individu yang menerima insentif RM5,000.

Penerima tersebut ialah Setiausaha Persatuan Renang Amatur Selangor Helen Chang, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia, Dato’ Dr S Shamala dan bekas Presiden Gimnastik Putrajaya Azmi Hassan.

Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam pada 4 Jun 2023. Foto ARIF MUHAMMAD/SELANGORKINI

 

 


Pengarang :