EXCO Perdagangan Dato’ Teng Chan Khim (empat, kanan) bergambar bersama hadirin yang hadir pada Majlis Hari Permula Selangor 2023 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 8 Jun 2023. FOTO MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sidec bangun 150 komuniti pemula, jadikan Selangor hab digital serantau

PETALING JAYA, 8 JUN: Hasrat Selangor menjadi hab digital serantau kini di landasan terbaik selepas Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) membangunkan 150 komuniti pemula.

EXCO Perdagangan Dato’ Teng Chang Kim berkata inisiatif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada negeri malah memacu pertumbuhan digital ekonomi negara.

“Hasrat negeri melalui Sidec untuk membangunkan ekosistem tempatan dengan sokongan daripada pelbagai pihak.

“Insiatif Sidec bangunkan pemula melalui program seperti Pitch Malaysia Series USA dan Selangor Accelerator Program (SAP) tidak hanya di pasaran domestik tetapi untuk mencapai peringkat global yang bermula dari bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Hari Pemula Selangor di Hotel Sheraton di sini hari ini.

Chang Kim menambah program ini juga sebahagian usaha Kerajaan Negeri membantu usahawan memperkenal produk mereka sekali gus melahirkan syarikat berstatus unicorn menjelang 2025.

“Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada syarikat pemula di tanah air untuk lebih berdaya saing,” katanya.


Pengarang :