Pengguna menunjukkan aplikasi bayaran parkir digital Smart Selangor Parking (SSP) ketika tinjauan di Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada 1 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sistem parkir digital mudahkan urusan, rekod tiga juta pengguna

SHAH ALAM, 27 JUN: Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) memanfaatkan tiga juta pengguna sejak diperkenal pada Julai 2018, kata EXCO pengangkutan awam.

Ng Sze Han memaklumkan aplikasi pintar yang menggabungkan sistem parkir pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri memudahkan pengguna membuat bayaran.

“Melalui sistem ini, cara pembayaran lebih cepat dan mudah. Setakat ini, tiga juta pengguna direkodkan. Bermula tahun lalu, tiada lagi tiket parkir kertas, sekali gus mengurangkan pembaziran bahan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sze Han berkata trend pertambahan pengguna setiap tahun menunjukkan rakyat menyambut baik penggunaan SSP dan bersedia menuju ke arah Negeri Pintar menjelang 2025.

Dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), aplikasi itu inisiatif negeri bagi mendigitalkan urusan PBT untuk memudahkan pengguna membayar parkir dan saman.

Menerusinya, pengguna hanya perlu memilih kawasan PBT dan mengisi nombor pendaftaran kereta, dengan bayaran dibuat berdasarkan tempoh meletak kenderaan.

 


Pengarang :