Empat warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja selamat tiba di tanah air pada 4.35 petang, 19 April 2022. Foto Facebook Wisma Putra
AGENDANASIONAL

Status 134 mangsa sindiket tipu kerja di Filipina dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mengenal pasti dan mengesahkan status 134 orang mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Republik Filipina yang dipercayai rakyat Malaysia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mereka merupakan antara 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah yang diselamatkan oleh pihak berkuasa negara itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan Filipina telah membuat serbuan ke atas syarikat Xinchuang Network Technology Inc dan berjaya menyelamatkan mangsa sindiket jenayah itu yang terdiri daripada warganegara pelbagai negara.

Mangsa-mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke Malaysia dalam masa terdekat.

Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu lagi.

-BERNAMA


Pengarang :