AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga 4 petang

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 9 JUN: Hujan, ribut petir dan angin kencang diramal melanda tiga daerah di Selangor hingga 4 petang ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut agensi tersebut di Facebook, tiga daerah berkenaan ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang. Turut diramal mengalami cuaca sama ialah Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang MetMalaysia, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :