Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menyerahkan replika kunci Perodua kepada Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Datuk Ibrahim Md Yusof pada majlis penyerahan sumbangan Perodua Ativa 1.0L Turbo Advance (AV) di ibu pejabat Perodua Rawang, baru-baru ini. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor
AGENSISELANGOR

Wakaf Selangor terima sumbangan kenderaan Perodua

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 16 JUN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima sumbangan Perodua Ativa 1.0L Turbo Advance daripada syarikat pengeluar kenderaan itu di Sungai Choh, Rawang, baru-baru ini.

Perbadanan itu menerusi Facebook memaklumkan sumbangan kenderaan itu tanda sokongan Perodua terhadap perjuangan PWS menguruskan harta wakaf di negeri ini.

“Ia juga sebagai penghargaan kepada PWS dalam mentadbir harta wakaf seterusnya menyokong semua aktiviti yang dijalankan di negeri ini,” kata agensi itu.

Sumbangan disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad kepada Pengerusi PWS Datuk Ibrahim Md Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar.

Perbadanan itu juga membeli Perodua Alza yang turut diserahkan pada majlis sama.


Pengarang :