Borhan Aman Shah menyerahkan sumbangan kepada wakil salah sebuah persatuan dalam kawasan DUN Tanjung Sepat. Foto PKM DUN Tanjung Sepat
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Tanjung Sepat peruntuk RM40,000 bantu persatuan memerlukan

SHAH ALAM, 5 JUN: Sebanyak RM40,000 diperuntuk bagi membantu persatuan-persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat.

Wakil rakyatnya Borhan Aman Shah berkata sumbangan yang diagihkan sejak awal tahun itu untuk keperluan pengurusan, kebajikan dan aktiviti persatuan.

“Setiap tahun kita memang menyediakan peruntukan kepada persatuan-persatuan yang memerlukan bantuan. Contohnya persatuan teksi di Tanjung Sepat kita bantu dengan carumkan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya mereka dilindungi.

“Terbaharu, kita bantu Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Al Ulum Bukit Bangkong, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Orang Asli Bukit Bangkong dan Surau Raudhatul Jannah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Banting.

“Bantuan diberikan pada kali ini untuk pengurusan sekolah, karnival sukan orang asli dan ihya ramadan,” katanya ketika dihubungi.

Borhan yang juga EXCO Kerajaan Negeri berkata pihaknya akan terus membantu masyarakat selagi diberi mandat dan kepercayaan untuk manjalankan tugas khususnya kepada penduduk DUN Tanjung Sepat.

 


Pengarang :