EXCOSELANGOR

Wakil rakyat tawar wang tunai sehingga RM350 untuk pelajar cemerlang SPM

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 9 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang mendapat keputusan 10A dan ke atas bakal menerima hadiah wang tunai RM350 sumbangan Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu.

‘Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata pelajar keputusan 9A turut berpeluang menerima RM300, 8A (RM250), 7A (RM200). 6A (RM150) dan 5A (RM100).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI

“Ini merupakan penghargaan buat mereka yang gigih berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM selain motivasi kepada calon-calon SPM akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Kee Hiong penghargaan seumpama ini dibuat setiap tahun sebaik keputusan SPM diumumkan sejak tahun 2014.

“Sebelum ini ada buat Majlis Penyerahan Hadiah tetapi tahun ini kita minta ibu bapa datang terus ambil wang tunai di pusat khidmat kami pada 16 Jun,”katanya kepada Media Selangor.

“Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang ibu atau bapanya adalah pengundi DUN Kuala Kubu Bharu,” katanya sambil memaklumkan semakan pengundi boleh dibuat menerusi pautan pengundi.spr.gov.my

Jika layak mereka diminta untuk mendaftar diri dan muat naik sijil kelahiran dan slip keputusan SPM di pautan docs.google.com/forms/d/e/

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Jun dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-6064 5505


Pengarang :