Foto Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
AGENSISELANGOR

Waktu operasi Klinik Kesihatan Ampang, Taman Ehsan dilanjut mulai hari ini

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 8 JUN : Dua klinik kesihatan awam di dua daerah di negeri ini melaksanakan perkhidmatan lebih masa pada setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum, bermula hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan dua pusat kesihatan tersebut ialah Klinik Kesihatan Ampang (Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat) dan Klinik Kesihatan Taman Ehsan (Pusat Kesihatan Daerah Gombak).

Menurut info grafik di Facebook, Klinik Kesihatan Ampang dan dan Klinik Kesihatan Taman Ehsan beroperasi mulai 8 pagi hingga 9 malam pada Isnin hingga Jumaat.

Pada Sabtu, Ahad dan cuti umum, kedua-dua fasiliti kesihatan itu beroperasi mulai 9 pagi hingga 9.30 malam.

Sebelum ini pada 10 Mac, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan akan memanjangkan waktu operasi di 52 klinik kesihatan seluruh negara sehingga 9.30 malam bagi mengurangkan kesesakan di jabatan kecemasan hospital.

KKM turut menggalakkan penglibatan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak untuk bekerjasama bagi menjayakan inisiatif itu.


Pengarang :