Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penjawat awam pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya pada 29 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1.3 juta penjawat awam terima bantuan khas penghargaan RM300

SHAH ALAM, 27 JULAI: Seramai 1.3 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima bantuan khas penghargaan sebanyak RM300.

Perdana menteri berkata bantuan RM200 turut diberikan kepada sejuta pesara kerajaan termasuk yang berpencen, penerima pencen terbitan dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen juga bakal menerima manfaat sama.

“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara,” katanya ketika melancarkan pelan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat hari ini.

“Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan.”

Anwar, yang juga menteri kewangan menjelaskan Putrajaya akan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau menambah Ekonomi Madani yang diumumkan hari ini bertujuan memberi perkhidmatan terbaik, sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu penjawat awam.


Pengarang :