Orang ramai membeli barangan keperluan dapur seperti ayam, ikan, telur daging, beras dan minyak masak pada program jualan Jelajah Ehsan Rahmah Parlimen Subang di Pangsapuri SS19, Subang Jaya pada 23 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

12 lokasi jualan murah mulai Ogos, lebih ramai rakyat dibantu

OLEH AMIRUL FAZLI

SUBANG JAYA, 23 JULAI: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menambah tiga lagi lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) bagi membantu lebih ramai rakyat negeri ini, mulai Ogos.

Juruteknik PKPS Mohd Saiful Fahmi Razali berkata penambahan itu menjadikan 12 lokasi JER secara keseluruhan berbanding sembilan ketika ini.

“Pertambahan lokasi ini pasti satu berita gembira untuk rakyat negeri Selangor kerana akan lebih ramai berpeluang untuk mendapat barangan keperluan asas dengan harga murah,” katanya.

Abu Bakar, 32, ketika ditemui pada program jualan Jelajah Ehsan Rahmah Parlimen Subang di Pangsapuri SS19, Subang Jaya pada 23 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Sementara itu, seorang pengunjung Abu Bakar, 32, yang bekerja sebagai jurukimpal berkata beliau sentiasa ternanti-nanti jualan barangan asas di JER.

“Saya begitu semangat dan akan hadir membeli di sini (JER) kerana harga yang ditawarkan begitu murah.

“Saya berharap Kerajaan Negeri dapat dikekalkan bagi memastikan program JER ini diteruskan pada masa akan datang,”katanya yang telah hadir lebih enam kali ke JER.

Bagi guru tarian Sarena Tan, 61, berpendapat program JER dapat meringankan beban rakyat.

“Tidak semua orang mampu membeli seperti ayam dan telur tapi adanya JER ini amat bermakna untuk golongan susah,”katanya.

Seorang lagi pengunjung G. Mankayarkarase, 63, berkata dia gembira dan puas hati hadir membeli barangan asas di JER buat kali pertama kerana harga ditawarkan amat berbaloi.

“Saya pertama kali hadir dan berasa sangat seronok kerana harga di sini jauh lebih murah dan semua orang mampu beli barang yang dijual,”katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) adalah kesinambungan Jelajah

G. Mankayarkarase, 63, ketika ditemui pada program jualan Jelajah Ehsan Rahmah Parlimen Subang di Pangsapuri SS19, Subang Jaya pada 23 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Ehsan Rakyat yang dijenamakan semula dan diteruskan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :