Orang ramai mendengar Daurah Afkar Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali disampaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Prof Dr Ali Jum’ah ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

436 masjid didaftar, lebih RM180 juta majukan sekolah agama

SHAH ALAM, 31 JULAI: Dalam kesibukan pilihan raya, fitnah berterbangan bagi memburukkan Kerajaan Negeri.

Tuduhan yang paling tidak munasabah juga disebarkan, konon jumlah masjid di Selangor makin berkurangan.

“Sebanyak 78 masjid dan 75 surau dibina baharu atau ditambah baik (sejak 2018).

“Elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) ditingkatkan dan tertinggi di Malaysia.

Insentif khas khusus (disediakan) buat imam, bilal dan siak masjid di seluruh Selangor.

“Insentif khas buat jemaah Haji Muassasah (sebanyak RM500 seorang).

“Elaun imam di Selangor adalah RM1,300 sebulan, bukan RM850 seperti yang didakwa!

“Jauhi fitnah yang merupakan dosa besar dalam Islam,” tulis Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter pada 28 Julai.

Jumlah masjid tidak berkurangan kepada 375 buah seperti ditohmah.

Angka Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuktikan terdapat 436 masjid dan 2,112 surau.

Sebanyak 346 daripadanya dijadikan surau solat Jumaat. Jumlah besar rumah ibadah ini tidak termasuk 369 buah musolla.

Selangor juga sangat mengambil berat pendidikan Islam, membelanjakan lebih RM180 juta setahun untuk kemajuan sekolah dan kebajikan guru agama serta Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Jumlah gaji, elaun dan imbuhan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jais sebanyak RM72.3 juta, tidak termasuk gaji guru kontrak RM11.6 juta dan emolumen guru Kafa RM2 juta.

Dana untuk pendidikan agama ini kira-kira 64 peratus daripada peruntukan mengurus Jais sebanyak RM280.7 juta.

Hasil kesungguhan Jais, Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBest) Subang Jaya mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.22 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022.

Ia lebih baik berbanding Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas).

 


Pengarang :