GALERI

Seorang lelaki kelihatan menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan di sekitar pusat bandar, Kuala Lumpur, pada 13 Julai 2023. Pada bulan Julai 2023 kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangkakan menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm, kecuali di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangkakan menerima hujan sedikit di bawah purata iaitu antara 50mm hingga 150mm. Di Sarawak, sebahagian kawasan dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu diantara 100 hingga 250mm kecuali di Bintulu, sebahagian besar Kapit, Belaga, Miri dan Limbang yang dijangkakan menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150mm hingga 350mm. Negeri Sabah dan W.P Labuan dijangkakan menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Pengarang :