Anggota polis melakukan kawalan di sekitar Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Kuang, N14 Rawang dan N15 Taman Templer di Pejabat Majlis Perbandaran Selayang pada 29 Julai 2023. Foto Bernama
AGENDANASIONAL

Cuaca cerah di enam negeri ketika penamaan calon kecuali Alor Setar

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Cuaca pada awal pagi ini, dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Antara kawasan dilaporkan cerah ialah Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor; Pasir Mas, Gua Musang dan Tumpat (Kelantan); Sik (Kedah) serta Sikamat (Negeri Sembilan).

Sementara beberapa kawasan di Alor Setar, Kedah pula dilaporkan hujan bermula 7.45 pagi.

Selain itu, cuaca di sekitar pusat penamaan calon di Kijal, Terengganu dilaporkan mendung dengan keadaan berkabus dan berangin.

Seawal 7 pagi, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pasukan keselamatan mula berkumpul dan diberi taklimat tugasan di pusat penamaan calon sebelum ia dibuka pada 9 pagi.

Selain daripada penyokong parti kepada calon bakal bertanding, tidak ketinggalan juga adalah petugas media yang hadir sejak awal pagi di pusat penamaan calon untuk membuat liputan.

– BERNAMA


Pengarang :