BUDAYARENCANA

Dongeng musim tengkujuh

—mengikuti Jericho Brown & Zarif Ismail

pelakar menyerbu kala fajar merekah.
dongeng cahaya dibasahi aneka nama.
beban sulung kisah bayang dipikul nama cahaya.
gelombang sebuah kenyamanan, rehat sewajarnya.
gulungan awan kenyamanan wajar. bau tengkujuh mendatang
haruman deras. seluas saujana kelabu. dengung penuh rahsia.
saujana rahsia lampau di atas kita angkasaraya kelabu;
di bawah pijak merah bumi, setia kita lagukan percaya.
nyanyian percaya kita lebih lama kenal berpijak.
bunyi derap kepulangan merentasi jagat alam.
semesta pulang berbau pagi biru. sebuah bakal cerita mula
bergetar haru. suaranya seperti pelakar dan sesuatu merekah.

Jack Malik


Pengarang :